Tuesday, 29 November 2011

Pendekatan Hands On Activity untuk Sains sekolah rendah

Pendekatan Hands On Activity merujuk kepada sebarang aktiviti fizikal yang melibatkan penggunaan peralatan dan bahan yang berlaku ketika PnP. Logiknya di sini, murid akan lebih memahami sekiranya mereka sendiri menemui masalah dan mencari penyelesaian berbanding hanya membaca dari buku sahaja.
Pendekatan ini adalah paling sesuai diterapkan kepada murid di peringkat awal lagi, di mana ketika mereka di tahun satu lagi, sudah mengenal beberapa alat dan fungsi alat tersebut. Contohnya, dalam topik Conductivity of electric, murid tahun 3 dikehendaki mengenalpasti beberapa bahan yang boleh mengkonduksikan elektrik. Jika diterangkan di dalam kelas dan memberikan contoh, besar kemungkinan murid tidak dapat memahami sepenuhnya dan sukar untuk mereka ingat objek-objek tersebut. Jadi, kita akan membawa mereka berjalan-jalan di sekitar kawasan sekolah dan setiap murid dikehendaki mencari objek yang mereka fikir boleh mengkonduksikan elektrik.
Peringkat ini, murid akan membuat prediction dan observation ( kedua-dua ini adalah dikenali sebagai kemahiran proses sains , KPS ) …setelah mereka mendapat objek-objek tersebut, tugas guru adalah memantau mereka supaya tidak membawa sebarang objek yang berbahaya ( aspek keselamatan adalah priority nombor 1 seorang guru sains )
Murid akan mula menguji bahan-bahan yang mereka dapati itu dengan menggunakan papan litar…peringkat ini dikenali sebagai Experimentation ( satu lagi domain penting dalam KPS )…
Jadi, sebenarnya pihak kerajaan sedang bertungkus lumus untuk merevolusikan pendidikan sebenarnya. Peralihan dari pendekatan lama yang lebih bersifat chalk and talk akan berlaku, di mana pendekatan inquiry knowledge akan mula dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Dan ini memerlukan calon guru yang sememangnya faham dan jelas akan apa yang dimahukan oleh KPM, calon yang bagaimanakah mempunyai ‘edge’ dan calon yang bagaimanakah yang akan gagal nanti.
 Sudah tentu anda ingat kata-kata ini
Saya lihat saya lupa, saya dengar saya ingat dan saya buat saya faham …

No comments:

Post a Comment